Thursday 11 February 2016

Salam Pengenalan

 

Salam sejahtera kepada anda yang mengikuti bloger kami.Pengenalan mengenai perniagaan kami ialah restoran seafood makanan paling popular di melaka ialah ikan bakar dan asam pedas.Restoran kami mula beroperasi pada tahun 2014 dan sebelum ini kami mempunyai kedai ikan bakar di umbai yang bernombor 7 dan 8 Rose ikan bakar asam pedas.Perniagaan disana masih diuruskan oleh mak kami dan kami mencuba untuk membuka perniagaan kami sendiri dan alhamdulilah berkat kesabaran kami dan sokongan dari pelanggan setia saya akhirnya saya dapat menempa nama dalam industri ikan bakar dan ingin bersaing dengan kedai ikan bakar ternama seperti Haji Musa ikan bakar,Haji Nasir ikan bakar,Ala Kassim ikan bakar(jiran saya kawan baik) Deli Muara, dan Parameswara Ikan bakar.mereka ini telah mencipta nama mereka tersendiri dan mempunyai keistimewaan tersendiri.kami mempunyai masakan istimewa kami dan pelanggan kami tidak putus memesan masakan telur masin sebagai santapan mereka.Ketam dan Udang sesuai utk masakan telur masin.manakala ikan siakap sesuai untuk dibakar begitu saja dan di hidangkan bersama air asam dan kicap cilipadi yang lemak.Di melaka ikan bakar sesuai dimakan bersama nasi lemak.Ramai yang tertanya tanya kenapa nasi lemak yang kami hidangkan.Sudah menjadi tradisi ikan bakar melaka akan disulam dengan nasi lemak.Jika anda tidak suka atau tak boleh makan berlemak,nasi putih ada juga disajikan.Selain siakap ikan Jenak sesuai di masak 3 rasa.masakan 3 rasa kami mempunyai cara kami tersendiri.Jadi kalau nak tahu cubalah.Asam pedas kami akan rekomen kepala jenak atau siakap utk dibuat asam pedas.Badan ikan kami akan rekomen masak lain ataupun bakar.Jadi pelanggan akan dapat 2 lauk berbeza dengan seekor ikan.Itu cara terbaik utk penjimatan.Asam pedas ada pada hari biasa sahaja kerana asam pedas kami ditumis ala minit.(rempah buat bila ada order) utk merasakan asam pedas yang baru dan sedap.Hari cuti umum kami tidak menjual menu itu kerana kami akan utamakan pada ikan bakar dan masakan lain.So kalau nak makan asam pedas datang pada weekday atau oder melalui telefon.Udang butter kami berlainan dari kedai yang ada sekarang.Udang butter kami kering rangup disaluti dengan emping nestum yang menaikkan aroma masakan itu.Sotong goreng tepung yang rangup.Dan ikan bakar yang paling top dalam menu kami bakar sambal petai.terbaik.Banyak lagi masakan yang kami tidak sebut kerana kami nak anda sendiri menikmati sendiri masakan kami di restoran kami.Kami harap dengan kata kata kami ini dapatlah anda membayangkan anda berada di Restoran kami.Untuk keterangan lanjut sila hubungi 01123690300 Adam Adib
 0126821057 Mariana Mary.




2 comments:

  1. Lucky Club Casino Site | LUCKY LUCKY CASH
    Lucky Club Casino is a new online casino that aims to provide all the latest in slots, bingo, blackjack, video poker luckyclub.live and more.

    ReplyDelete
  2. Borgata Hotel Casino & Spa to host Jan. 19th show
    The Borgata Hotel Casino & Spa announced today 나주 출장안마 that it will host a 제천 출장마사지 Jan. 19th 부산광역 출장안마 show at the Borgata 거제 출장안마 Hotel Casino & Spa 당진 출장마사지 on the

    ReplyDelete